24 February 2011

FEBRUARY STS

Bismillah.

Assalamualaikum.

13 Feb 2011
Times Square
Kuala Lumpur

HERBALIFE
SUCCESS TRAINING SEMINAR
( STS )



Ini event Herbalife yang saya mesti pergi setiap bulan, insyaAllah. Excited sangat nak pergi training ni. Alhamdulillah, saya dapat pergi training bulan Febuari ni.
( suke giler pergi training ni tau.. )

Okey, jom tengok apa yang ada. Tapi phone saya kehabisan bateri sebelum event habis.
( sayang nyer.. )

Saya kongsi sedikit apa yang sempat saya snap waktu event tu ye.



Ini master of the ceremony.



Jom buat story-telling sikit.

Ini Victor Lim.
Beliau seorang pemain golf profesional, memiliki 3 akademi golf.
Beliau sangat sibuk nak uruskan ketiga-tiga akademi ni.
Terkejar sana, terkejar sini.
Beliau ajar orang main golf untuk jadi profesional macam beliau juga.

Tapi kan, beliau ada masalah berat badan, berat masa ni 114KG.
Beliau pun jumpalah doktor dan doktor nasihatkan beliau untuk turunkan berat badan.
Jadi beliau amalkan diet tinggi protein. Makan banyak-banyak daging.
Tapi dapat penyakit lutut la pula.
Beliau jumpa doktor semula dan doktor cakap, macam mana sekalipun beliau kena makan makanan berkhasiat yang cukup dengan nutrisi.

Satu hari, ada kawan beliau cadangkan beliau cuba produk Herbalife.
Tapi beliau ni seorang yang anti-MLM.
Mula-mula memang beliau tak nak cuba. Tapi setelah mengenali Herbalife sengan lebih dekat, beliau cuba. Nak tahu result beliau?

Hilang 6 inchi dan turun 22KG!
( masyaAllah..! )

Inilah kesan bila kita amalkan makanan yang cukup lengkap dengan semua nutrisi.
Barulah badan dapat bekerja dengan cukup baik untuk jadikan kita lebih sihat.
( bukan terlebih "sihat" tau.. )

Bila beliau dah jumpa produk yang bagus, yang dapat bantu masalah beliau, yang beliau percaya dan yakin. Beliau pun ambil keputusan untuk sebarkan nutrisi kepada semua.
Untuk bantu orang lain pula.





Okey. Ini Mohd Theva.
Dia ni dulu seorang penarik kereta.
Dia cakap dulu dia mengandung 5 bulan. Percaya x?
( perut buncit la tu..hehe )

Dia pun berjumpa dengan Herbalife untuk bantu masalah "pregnancy" tu.
Nak tahu result?

Turun 9.6KG dalam 2 bulan!
( masyaAllah.. )

Dia punya excited, jadi dia pun ambil keputusan nak sebarkan nutrisi untuk bantu orang lain.
Dia terpaksa pinjam duit dari teman wanita dia, kawan-kawan dia.
Berkat usahanya, insyaAllah bulan 6 nanti dia akan mendirikan rumah tangga dengan teman wanita dia.
( alhamdulillah.. )

Sama-sama kita doakan kebahagian dan jodoh yang berkekalan untuk mereka ye.
Amin~




Okey. Ini Fatin Nabila.
( comel sangat akak ni.. )

Dia dan suami ambil keputusan untuk buat bisnes Herbalife sebelum kahwin.
Mereka dah nak kahwin dulu, tapi hold kejap. Mereka guna duit kahwin tu untuk invest dalam bisnes ni.
( sedih bila dia cerita ni.. )

Dia cakap pada suami, kalau bisnes mereka tak berjaya, mereka tak dapat kahwin.
Kena tunggu lagi 2 tahun untuk cari semula duit untuk kahwin. Sedih sangat.
Tapi, berkat usaha bisnes mereka, alhamdulillah mereka dapat juga kahwin selepas 2 bulan buat bisnes ni. Bahagia sampai sekarang.

Nak tahu result dia?

Total lost dia adalah 16KG.
( masyaAllah.. )

Yang paling best, kulit dia sangat-sangat cantik.
( rasa nak pegang je.. cantik sangat.. )




Okey. Ini Hairul Azmi.
Dia dulu gemuk tapi dia tak nak turunkan berat badan sebab dia ego sangat.
Dia tak percaya semua produk. Dia kata turun-turun berat ni kerja orang perempuan je.
( yeke.. pandai-pandai je.. )

Itu yang dia jaga lemak je dulu. Sampailah dia jumpa produk Herbalife. Nak tahu result?
( eh.. dah nampak kat pic tu.. haha.. )

12KG dalam 2 bulan je!
( masyaAllah.. )

Masa mula-mula dia datang STS dulu, wife dia migrain.
( iyelah.. ramai giler orang datang STS.. proud to be one of them.. )

Tapi lepas wife dia minum Tea-mix Herbalife, alhamdulillah migrain tu hilang.
Dulu waktu dia pergi ke Etravanganza Herbalife 2010 di Singapore, dia ni duduk kat luar dewan je. Dia ego sangat tak nak masuk. Dia dengar dari luar je.
( ego betul.. )

Tapi sekarang, dia cakap dia takkan ego lagi dengan Herbalife. Siap jadi speaker lagi STS kali ni. Buat presentation dengan penuh semangat lagi. Alhamdulillah.


Tengok, dah tiada gambar kan. Maknanya phone saya dah pun habis bateri masa ni.
Gambar saya duduk atas lantai pun tak sempat nak snap. Start event je, banyak info-info baru yang saya nak catat. Duduk atas lantai?

Aah. STS kali ni 700 orang serbu Ballroom ni. Sampaikan kerusi dah tak muat untuk dimasukkan dalam dewan ni. Jadi, semua yang tak dapat seat duduk atas lantai. Saya duduk betul-betul depan stage. Walaupun sesak, event tetap havoc sangat-sangat. Atas lantai atau atas kerusi, semua enjoy learning and sharing. That is Herbalife.

Mungkin cerita saya tak dapat menggambarkan suasana sebenar event ni.
( saya kan tak pandai sangat bercerita.. hehe.. )

Jadi, dengan bangganya. saya nak jemput semua untuk hadirkan diri ke
STS Mac ni.
Jom semua, ikut saya ke STS ni.

March STS
6 March 2010
Ballroom Level 14
Times Square
Kuala Lumpur

Siapa yang nak hadir, boleh terus hubungi saya.
Farhana 013-2773094

Jumpa di sana!

Wassalam.








11 February 2011

SALAM

Bismillah.

Assalamualaikum semua.

Ini post yang pertama. Rasa macam kekok juga ye, nak mula mengarang ni.
( hehe.. rase macam malu-malu kucing pulak.. )

Terima kasih sebab sudi jenguk blog saya. Salam perkenalan semua.
Tanpa anda apalah blog ni kan.
( cepat-cepat.. follow saya.. )
InsyaAllah, saya nak kongsi apa-apa info yang boleh mendatangkan manfaat kepada semua khususnya dari segi kesihatan.
Juga nak perkenalkan Herbalife agar semua dapat tahu apa sebenarnya Herbalife ni.

Setakat ni dulu kata-kata aluan. Salah dan silap, saya mohon maaf.
Sebarang komen atau cadangan, kongsikan bersama ye.

Wassalam.