17 July 2011

'L' FOR "LOSER"


Assalamualaikum..


Apa khabar semua? Harap dalam keadaan sihat dan sejahtera. Ramadhan kian tiba, semoga dipanjangkan umur untuk bertemu dan beramal di bulan penuh keberkatan ini. InsyaAllah.




Sebentar tadi, terlihat rancangan ' The Biggest Loser'.
( terlihat sebab tiba-tiba lalu depan tv adik tengah tengok citer ni.. )

Hampir saya menitiskan air mata semasa sesi penyingkiran tadi. Melihat kesungguhan mereka yang benar-benar ingin merubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik dan sihat. Mereka ingin terus berada di situ, belajar untuk menghadapi pelbagai cabaran dan godaan apabila mereka pulang ke rumah nanti.

Mereka ini yang dahulunya adalah obesiti, telah mendapat kesedaran tentang betapa pentingnya bagi mereka untuk menurunkan berat badan mereka. Obesiti menyebabkan banyak aktiviti harian mereka terganggu. Obesiti juga diibaratkan seperti jemputan khas kepada penyakit-penyakit kritikal menghinggapi diri mereka.

Seperti yang dinyatakan dalam rancangan tadi, lebih 70% warga Texas adalah obes. Sama situasinya di Malaysia, lebih 60% warga Malaysia adalah obes. Tidak hairanlah mereka yang menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan lain-lain lagi kian bertambah.

Masalah ini tidak lain lagi berpunca daripada cara pemakanan rakyat kita sendiri. Kepuasan lidah yang sementara menjadi kepentingan. Nilai nutrisi untuk tubuh badan tidak dihiraukan. Istilah 'makan' kini diertikan seperti menelan makanan yang enak-enak dan memenuhkan perut sehingga kenyang. Selain itu, masyarakat juga memahami 'nasi' sebagai makan. Apa yang ingin saya katakan ialah, mereka berpendapat bahawa jika mereka belum makan nasi bereti mereka belum makan lagi.

Sampai bila harus diikutkan nafsu makan ini? Sehingga badan sudah dihinggapi penyakit baru kita ingin memulakan perubahan? Sehingga orang yang tersayang kita pergi kerana pelbagai penyakit baru kita hendak sedar?
Sudah terhantuk baru terngadah. Nasi juga sudah menjadi bubur.

Ingat-ingatlah kawan. Ingat-ingatkan juga mereka yang dekat dengan kita, saudara-mara, kawan-kawan dan juga jiran tetangga.






'Live life to the fullest', hanya boleh dicapai dengan kesihatan.

10 July 2011

PUASA DI BULAN SYA'BAN


Assalamualaikum.

Hari ni nak puasa. InsyaAllah. Puasa sunat ke puasa ganti?
( heheheh.. )

Menu sahur di pagi yang sejuk macam ni adalah :

1. 500ml HERBAL ALOE
Saya suka sangat Herbal Aloe ni. Aloe ni membantu mencuci villi di dalam usus kecil menjadi bersih supaya penyerapan nutrisi yang semangnya bersaiz mikro menjadi lebih efektif.

2. 500ml TEA MIX HIBISCUS & LEMON

Saya dan tea mix ni, jangan pisahkan kami. Rahsia kekal bertenaga sepanjang hari, inilah jawapannya.

3. 400ml SHAKE

Apabila ada blender baru di rumah yang khusus untuk membuat shake saya, seronok bereksperimentasi dengan resepi-resepi baru untuk s
hake.
Perisa pilihan pagi ini, strawberry.

400ml air masak
buah kiwi



buah epal hijau




buah oren



sedikit oat



Formula 1 Strawberry


Formula 3





Blend semua ni. Hasilnya LUAR BIASA! Sedap giler.

Paling penting, nutrisi yang lengkap seimbang dan air yang mencukupi untuk keperluan sistem badan.

Semoga hari ini berjalan lancar walaupun berpuasa. Ada misi besar hari ini. Doakan saya ya.

Sekian dahulu, wassalam.

09 July 2011

SNACKING IN MY WAY

Assalamualaikum semua.

Ya Allah, dah berhabuk blog ini ya. Lama sungguh saya tak update di sini. Semester pendek di UIA baru habis. Al-maklumlah, sepanjang di UIA Kuantan saya tak ada internet.

Entri kali ini, saya nak kongsi tentang cara saya 'snacking', iaitu makan di antara waktu makan seperti antara makan tengah hari dan makan malam, khususnya di waktu-waktu petang.

Satu perkara yang paling saya gemari sepanjang berada di rumah ialah saya dapat masak makanan sendiri. Jadi saya dapat menentukan sendiri bahan-bahan dalam masakan saya. Cara masak juga penting bagi memastikan nutrisi di dalam bahan makanan kita sentiasa terpelihara.

Sebenarnya saya baru sahaja menikmati snack petang saya, iaitu sup bayam.
( hahaha.. petang-petang orang layan pisang goreng la.. )

Not for me. Sup bayam ni baru la saya layan.

Bahan-bahan:
seikat bayam ( beli dari Tunas Manja tadi )
bawang putih
bawang besar
cili padi
kiub pati ayam
sos tiram
garam
air

1. Masukkan air ke dalam periuk di atas api.
2. Masukkan bawang putih yang ditumbuk, bawang besar yang dihiris halus, cili padi yang dibuang biji, 1 kiub pati ayam dan sos tiram. Masukkan juga garam secubit.
3. Tunggu air mendidih.
4. Masukkan bayam yang sudah dibersihkan. Jangan biarkan sayur tu lama. Saya suka sayur yang tak dimasak lama supaya rasa asli sayur dapat dikekalkan.
5. sedia untuk dimakan.

Sangat mudah kan. Budak-budak pun tahu nak buat. Jom cuci mata sikit.


Ini mangkuk pertama saya.



Sedia untuk dimakan.



Erm.. Ini mangkuk kedua.



Okay. Ini mangkuk ketiga. Cili padi, tatkala digigit memang menyengat. Sodapp..

Seikat sayur bayam tu untuk saya makan seorang je. Jadi saya terpaksa masak sayur lagu untuk mama, abah dan adik.

Kepada customer-customer saya, resepi ini boleh dicuba ya.

Sekian dahulu.
Wassalam.