01 March 2011

FUEL: by METALLICA ?

Bismillah.

Assalamualaikum.




Bangun! Bangun!

Tahulah sekarang study week, takkan nak tidur lagi.
Jom bangun awal kita cari mood untuk study.

Sebelum bekerja, kita kena cari bahan api dulu untuk dapatkan energy supaya kita dapat bekerja.

Jom cuci mata. Inilah antara bahan-bahan api yang menjadi pilihan ramai.



Karipap pusing. Berkulit rapuh kuning keemasan.



Kuih-muih warisan. Berwarna-warni memikat kalbu.



Roti sosej. Kaya dengan mayonis sebenar dan sos cili pembangkit selera.



Kuey teow goreng. Siap ada kerang, udang dan telur. Lazat.



Kopi dan roti bakar. Gabungan klasik kontemporari bagi saya. Memang istimewa.



Mee goreng. Warna yang memikat rasa, ditambah hirisan cili. Superb.



Roti canai. Hasil tebaran penuh seni untuk dinikmati. Sedap.



Nasi lemak. Keenakan yang sukar dilupakan bersama sambalnya.



Tak salah rasanya jika ada yang menyatakan Malaysia syurga makanan. Terlalu banyak pilihan untuk dijadikan menu sarapan. Semuanya lazat-lazat. Belum rasa pun dah tahu nikmat rasanya.

Tapi ramai yang lupa. Kita makan bukan sekadar untuk penuhi keinginan terhadap rasa-rasa yang sedap dan lazat tu. Tapi kita nak beri bahan api untuk badan bekerja. Barulah energy yang dihasilkan berkualiti tinggi.

Setiap pilihan menu kita mestilah mengandungi kandungan nutrusi yang lengkap mengikut keperluan yang diperlukan oleh tubuh badan. Ini amat penting bagi memastikan badan dapat bekerja di tahap yang optimum.

Nutrisi yang cukup dapat menghasilkan tubuh badan yang lebih sihat bertenaga. Pelbagai penyakit juga dapat dielakkan. InsyaAllah.
Kata-kata yang sering kita dengar, " prevention is better than cure ".

Qada' dan qadar Allah sudah ditetapkanNya. Tetapi kita sebagai manusia yang diberikan akal untuk berfikir seharusnya berusaha mendapatkan yang halal lagi baik.

Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment