09 July 2011

SNACKING IN MY WAY

Assalamualaikum semua.

Ya Allah, dah berhabuk blog ini ya. Lama sungguh saya tak update di sini. Semester pendek di UIA baru habis. Al-maklumlah, sepanjang di UIA Kuantan saya tak ada internet.

Entri kali ini, saya nak kongsi tentang cara saya 'snacking', iaitu makan di antara waktu makan seperti antara makan tengah hari dan makan malam, khususnya di waktu-waktu petang.

Satu perkara yang paling saya gemari sepanjang berada di rumah ialah saya dapat masak makanan sendiri. Jadi saya dapat menentukan sendiri bahan-bahan dalam masakan saya. Cara masak juga penting bagi memastikan nutrisi di dalam bahan makanan kita sentiasa terpelihara.

Sebenarnya saya baru sahaja menikmati snack petang saya, iaitu sup bayam.
( hahaha.. petang-petang orang layan pisang goreng la.. )

Not for me. Sup bayam ni baru la saya layan.

Bahan-bahan:
seikat bayam ( beli dari Tunas Manja tadi )
bawang putih
bawang besar
cili padi
kiub pati ayam
sos tiram
garam
air

1. Masukkan air ke dalam periuk di atas api.
2. Masukkan bawang putih yang ditumbuk, bawang besar yang dihiris halus, cili padi yang dibuang biji, 1 kiub pati ayam dan sos tiram. Masukkan juga garam secubit.
3. Tunggu air mendidih.
4. Masukkan bayam yang sudah dibersihkan. Jangan biarkan sayur tu lama. Saya suka sayur yang tak dimasak lama supaya rasa asli sayur dapat dikekalkan.
5. sedia untuk dimakan.

Sangat mudah kan. Budak-budak pun tahu nak buat. Jom cuci mata sikit.


Ini mangkuk pertama saya.



Sedia untuk dimakan.



Erm.. Ini mangkuk kedua.



Okay. Ini mangkuk ketiga. Cili padi, tatkala digigit memang menyengat. Sodapp..

Seikat sayur bayam tu untuk saya makan seorang je. Jadi saya terpaksa masak sayur lagu untuk mama, abah dan adik.

Kepada customer-customer saya, resepi ini boleh dicuba ya.

Sekian dahulu.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment