17 July 2011

'L' FOR "LOSER"


Assalamualaikum..


Apa khabar semua? Harap dalam keadaan sihat dan sejahtera. Ramadhan kian tiba, semoga dipanjangkan umur untuk bertemu dan beramal di bulan penuh keberkatan ini. InsyaAllah.




Sebentar tadi, terlihat rancangan ' The Biggest Loser'.
( terlihat sebab tiba-tiba lalu depan tv adik tengah tengok citer ni.. )

Hampir saya menitiskan air mata semasa sesi penyingkiran tadi. Melihat kesungguhan mereka yang benar-benar ingin merubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik dan sihat. Mereka ingin terus berada di situ, belajar untuk menghadapi pelbagai cabaran dan godaan apabila mereka pulang ke rumah nanti.

Mereka ini yang dahulunya adalah obesiti, telah mendapat kesedaran tentang betapa pentingnya bagi mereka untuk menurunkan berat badan mereka. Obesiti menyebabkan banyak aktiviti harian mereka terganggu. Obesiti juga diibaratkan seperti jemputan khas kepada penyakit-penyakit kritikal menghinggapi diri mereka.

Seperti yang dinyatakan dalam rancangan tadi, lebih 70% warga Texas adalah obes. Sama situasinya di Malaysia, lebih 60% warga Malaysia adalah obes. Tidak hairanlah mereka yang menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan lain-lain lagi kian bertambah.

Masalah ini tidak lain lagi berpunca daripada cara pemakanan rakyat kita sendiri. Kepuasan lidah yang sementara menjadi kepentingan. Nilai nutrisi untuk tubuh badan tidak dihiraukan. Istilah 'makan' kini diertikan seperti menelan makanan yang enak-enak dan memenuhkan perut sehingga kenyang. Selain itu, masyarakat juga memahami 'nasi' sebagai makan. Apa yang ingin saya katakan ialah, mereka berpendapat bahawa jika mereka belum makan nasi bereti mereka belum makan lagi.

Sampai bila harus diikutkan nafsu makan ini? Sehingga badan sudah dihinggapi penyakit baru kita ingin memulakan perubahan? Sehingga orang yang tersayang kita pergi kerana pelbagai penyakit baru kita hendak sedar?
Sudah terhantuk baru terngadah. Nasi juga sudah menjadi bubur.

Ingat-ingatlah kawan. Ingat-ingatkan juga mereka yang dekat dengan kita, saudara-mara, kawan-kawan dan juga jiran tetangga.






'Live life to the fullest', hanya boleh dicapai dengan kesihatan.

No comments:

Post a Comment